
Aktiviti Maktab
:: Makluman Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & 4 2018 : Pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat 2018 (kemasukan kedua) akan diadakan pada 21 Februari 2018 iaitu pada hari Rabu bermula jam 8.30 pagi. Tahniah kepada semua pelajar yang bakal mendaftar di MRSM Lenggong. Pastikan segala dokumen disediakan sebelum hari pendaftaran mengikut senarai semak yang dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah (BPM). Sila muat turun carta alir ini untuk memudahkan proses pendaftaran. Selamat mendaftar dan selamat maju jaya!
:: Program Hari Muafakat MRSM Lenggong 2018 : Pada 01 April 2018 (Ahad), warga MRSM Lenggong akan mengadakan program sehari bersama para ibubapa / penjaga pelajar MRSM Lenggong yang dinamakan Hari Muafakat MRSM Lenggong. Pelbagai aktiviti dan permainan disediakan antara gulai kawah, dart, memanah dan petanque. Sempena hari berkenaan juga, jamuan kesyukuran atas kejayaan cemerlang MRSM Lenggong dalam peperiksaan SPM 2017. Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir bagi meraikan kecemerlangan dan kegemilangan MRSM Lenggong. Pada masa yang sama, Program Edutourism MRSM Lenggong akan turut dilancarkan oleh YB Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong).
:: Jadual Balik Bermalam : Muat turun jadual balik bermalam di sini (akan dimaklumkan kemudian).
:: Majalah Volition Online : Mulai tahun 2017, majalah maktab MRSM Lenggong iaitu Volition tiada lagi dalam bentuk cetakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Majalah Volition ini telah ditransformasikan ke arah digital sesuai dengan perubahan teknologi digital pada hari ini. Capaian majalah tersebut boleh dilayari di laman ini : www.volitionmrsmlgg.com. Semoga semua pihak mendapat manfaat di atas inovasi terbaru ini. Segala aktiviti maktab boleh dilayari di sana.
:: Laman Facebook Rasmi MRSM Lenggong : Sila layari https://www.facebook.com/pg/MediafotoMRSMLenggongOfficial untuk informasi dan aktiviti-aktiviti terkini di MRSM Lenggong.

Undian

Hyper Rangkaian
. Ibu Pejabat MARA
. Maranet/Hrmis
. Senarai MRSM
. Kementerian KKLW
. Kementerian Pendidikan
. JPA / HRMIS
. LHDN
. Pejabat Pelajaran Perak
. Lembaga Peperiksaan Malaysia
. Subsidiari MARA
. GotNa
. Portal Penjaga
. Kalendar Akademik
. MRSM 1Malaysia
. Unit Peperiksaan & Penilaian
. Log Masuk ke Portal e-Edu (HQ)
. Sistem e-Penyata Gaji
. Sistem Tempahan Rumah Rehat MARA
. Tempat Penginapan Berhampiran