Muqaddimah

Al Qur'an ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah: "Sesungguhnya Al Qur'an ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus. " (Al Isra' : 9)

"Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al Qur'an? Kalaulah Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. " (An Nisa' : 82)

Hadith Rasulullah s.a.w. : "Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya."

Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak maktab ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaca Al Qur'an. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al Qur'an untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Tema:

Al Qur'an membentuk jati diri Muslim.

Objektif:

1. Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al Qur'an secara tartil.
2. Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al Qur'an dan seterusnya membudayakan Al Qur'an dalam kehidupan.
3. Mengembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membudayakan Al Qur'an dalam kehidupan.

Sasaran:

Pelajar lelaki dan perempuan seramai 750 pelajar. dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Tenaga Pengajar

30 orang ustaz & ustazah

Pelaksanaan

Satu guru satu kelas untuk semester satu bagi tingkatan 1 hingga 5.
Dua guru untuk satu kelas semester dua bagi tingkatan 1, 2 dan 4.

Tarikh dan Masa

Setiap Sabtu (mengikut tarikh yang disediakan)

Penutup

Pelajar yang dekat dengan Al Qur'an akan terdidik peribadi dan akhlak yang sejajar dengan Islam. Moga dengan ini pencapaian akademik juga turut melonjak dengan cemerlang.